Sunday, March 1, 2009

amalan-amalan dalam bulan islam

MUHARAM

  1. Tanggal 1-9hb disunatkan berpuasa (puasa Tasua')

  2. Tanggal 10hb disunatkan berpuasa (puasa 'Asyura)

  3. Dalam bulan ini disunatkan agar memperbanyakan amalan bersedekah kepada fakir miskin.

  4. Disunatkan supaya melebihkan perbelanjaan dalam keluarga.

  5. Mengusap kepasla anak yatim dan menaruh perasaan belas kasihan terhadap mereka.

  6. Memperbanyakkan bacaan zikir dan selawat.

  7. Siapa yang berbuat baik kepada anak yatim pada hari itu maka seolah-olah ia telah berlaku baik kepada semua anak yatim.

  8. Sesiapa yang menziarahi orang sakit pada hari itu maka seolah-olah ia telah menziarahi semua orang-orang yang sedang sakit.

  9. Sesiapa yang mandi dan membersihkan dirinya pada hari itu maka nescaya ia tidak akan jaguh sakit pada tahun itu kecuali mati.

  10. Sesiapa yang memberi minum pada hari itu maka ia akan diberi oleh Allah seteguk minuman pada hari kiamat kelak dan dengan seteguk air itu ia tidak akan haus untuk selama-lamanya.

  11. Sesiapa yang bersedekah pada hari itu maka seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meinta-minta kepadanya selama hidupnya.


REJAB

Bersabda Rasullah s.a.w. maksudnya "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sesiapa yang berpuasa dalam bulan ini dengan penuh ikhlas semata-mata kerana mengharapkan rahmat dari Allah maka ia layak mendapat ganjaran dari Allah seperti yang telah disabdakan oleh Rasullah s.a.w. maksudnya.....

  1. Sesiapa yang berpuasa sehari maka ia akan mendapat keredaan Allah.

  2. Sesiapa yang berpuasa 2 hari maka ia akan mendapat kemuliaan yang besar dari Allah.

  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari maka ia akan dijauhkan oleh Allah dari dugaan dunia, diselamatkan dari penyakit yang merbahaya dan diselamatkan dari disiksa di akhirat kelak serta dari fitnah dajjal.

  4. Sesiapa yang berpuasa 7 hari maka akan dikunci oleh Allah 7 pintu neraka jahanam baginya.

  5. Sesiapa yang berpuasa 8 hari maka akan dibukankan oleh Allah 8 pintu syurga untuknya.

  6. Sesiapa yang berpuasa 10 hari maka Allah akan memperkenankan semua permintaan dan hajatnya.

  7. Sesiapa yang berpuasa 15 hari maka Allah akan mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu disamping akan digantikan segala amal kejahatannya dengan amal kebaikan.

  8. Sesiapa yang berpuasa lebih dari 15 hari maka Allah akan menambahkan pula pahala amalnya dengan berlipat kali ganda lagi.

  9. Orang yang berpuasa dalam bulan Rejab di Syurga kelak akan diberi minum dari air sungai yang bernama Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis dari manisan dan lebih dingin dari salji.

  10. Dalam bulan yang lain setiap amalan kebaikan Allah akan membalas dengan 10 kebajikan tetapi dalam bulan Rejab Allah akan membalas setiap amalan kebaikan dengan 70 kebajikan.

  11. Digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan doa, zikir, istighfar serta mendengar kisah dan peristiwa yang berlaku dalam bulan ini seperti Israk dan Mikraj Rasulullah s.a.w.


SYAABAN

Syaaban adalah bulan Rasulullah s.a.w. Bersabda baginda yang maksudnya, "Dinamakan dengan Syaaban (Berserak-serak) itu adalah kerana didalamnya terdapat banyak kebajikan yang berserak-serak."

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah dengan 700 kali ganda.

  2. Allah akan menurunkan rahmatNya serta memberikan pengampunan umum kepada hambanya.

  3. Sesiapa yang berpuasa 3 hari di awal, pertengahan dan di akhirnya maka Allah akan manuliskan baginya pahala 70 orang nabi-nabi, pahala beribadat selama 70 tahun dan jika ia meninggal pada tahun itu maka ia akan mendapat pahala mati syahid.

  4. Kelebihan malam nisfu Syaaban pula ialah sesiapa yang bangun mendirikan solat sunat dan menghidupkan malam itu dengan banyak berdoa, berzikir, berselawat, bertasbih, membaca al-Quran dan sebagainya maka Allah akan membukakan untuknya 300 pintu rahmat disamping doanya tidak akan ditolak.

  5. Orang-orang yang tidak diampunkan oleh Allah pada malam nisfu Syaaban ialah mereka yang menyekutukan Allah dengan sesuatu, tukang sihir, tukang nujum, mereka yang suka bermusuhan, peminum arak, penzina, pemakan riba, derhaka terhadap kedua ibubapa, pembuat firnah dan mereka yang memutuskan tali silaturrahim.


RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiga bulan Ramadhan maka akan dibukan pintu-pintu Syurga dan ditutupkan pintu-pintu Neraka lalu diikatkan semua syaitan." Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada didalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

  1. Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.

  2. Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardhu.

  3. Ramadhan dibahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebasan dari siksa api neraka.

  4. Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawikh, witir dan solat-solat sunat yang lain.

  5. Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al-Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.

  6. Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada didalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.

  7. Memberi makan kepada mereka yang hendak berbuka puasa.

  8. Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam 'Lailatul Qadar' seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.

  9. Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.


SYAWAL

  1. Amalan sunat pada 1 Syawal seperti....

  • Membayar zakat fitrah sebelum menunaikan solat Aidil Fitri.

  • Menghiasi diri dan tempat tinggal supaya kelihatan bersih dan cantik.

  • Mandi sunat Aidil Firti pada pagi harinya.

  • Menjamah sedikit makanan sebelum keluar menuju ke masjid.

  • Keluar menuju ke masjid dengan satu jalan dan bila pulang menggunakan jalan yang lain pula.

  • Lebih afdal dengan berjalan kaki ke masjid jika ianya tidak terlalu jauh.

  • Mengumandangkan takbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 1 Syawal hinggalah terbenak matahari pada hari raya itu.

2. Berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal (sunat Syawal). Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya, "Sesiapa yang

berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti dengan 6 hari di bulan Syawal, maka

perumpamaannya adalah seperti ia berpuasa sepanjang tahun." Dalam hadis lain baginda bersabda,

"Puasa sebulan di bulan Ramadhan sama seperti ia berpuasa selama 10 bulan dan berpuasa

selama 6 hari selepasnya (Syawal) menyamai puasa 2 bulan. Maka yang demikian bererti (kamu)

telah berpuasa untuk setahun."

No comments:

Post a Comment